Thursday, August 21, 2014

Iman

Iman,

andai kamu mendengar suara hati ini pada saat ini,

ketahuilah aku tidak mampu untuk melupakanmu,

aku masih cinta, sayang dan rindu kepadamu,


Iman,

hanya pada Allah aku meminta,

agar kau sentiasa di dalam rahmat-Nya,

terima kasih di atas masa lalu kita,


Iman,

sekalipun pertemuan itu sangat singkat,

mengenalimu membuat aku mengenali siapa diriku...

Tuesday, January 28, 2014

aku cuba melepaskan dia secara perlahan - lahan....aku mencuba untuk tersenyum semula dengan senyuman paling manis kepadanya..benarla kata - kata orang, apabila aku berani berhadapan dengan seseorang dari kisah silam yang menyedihkan bererti kamu sudah cukup matang untuk bergerak ke hadapan.

sisa - sisa kerinduan itu masih ada. Melihat dia tersenyum semula merupakan satu kebahagiaan dalam diriku. seperti rasa sedih itu beransur - ansur pergi...kini hidupku lebih tenang, bersama kawan baru dan cabaran baru meskipun dia lebih muda dariku namun aku menghormatinya sebagai seorang bos.

aku belajar untuk pasrah dan lebih menghargai teman - teman yang ada di sekelilingku, terima kasih Ya Allah, untuk ujian-Mu yang terindah ini...

Thursday, December 26, 2013

Lelaki Baru

"awak, saya melihat awak duduk di kerusi panjang sambil menikmati makanan, gaya seorang anak laki - laki yang kehidupannya ringkas tapi praktikal..." dalam dia saya mengagumi awak sebagai seorang lelaki yang budiman dan rajin, saya minta maaf kerana pernah memarahi awak hanya kerana meminta pertolongan yang kecil, sungguh saya menyesali perbuatan saya terhadap awak, awak lambang seorang lelaki yang penuh dengan keikhlasan dan saya percaya bakal permaisuri hidup awak akan berbahagia hingga ke akhir usianya, ketika suatu hari awak terpaksa menerima saya setelah orang lain membuang saya, jauh di sudut hati ini berjanji "awak tidak akan menyesali kerana menerima saya, saya akan buktikan keredhaan awak terhadap saya, In sha Allah saya akan balas dengan seribu kebaikan", untuk awak saya akan belajar untuk lebih rajin dan murah dengan senyuman, bukan kerana saya jatuh cinta tapi kerana Dia yang telah mempertemukan kita, In sya Allah.

Pertemuan semalam

Tengahari semalam aku berkesempatan menikmati nasi campur di sebuah gerai kegemaranku, ketika rancak berbual dengan pemilik kedai, aku merasakan kehadiran seseorang yang aku rindukan...dia sedang memilih juadah untuk makan tengharinya.
Sesaat itu juga aku terkenang akan momen indah bersamanya dulu, berdua menikmati hidangan tengahari selepas selesai menjalani tugasan...
Selesai mengambil juadah dia duduk berseorangan di belakangku, aku ingin menghampirinya namun aku matikan niat itu dan terus fokus berbicara dengan pemilik kedai dan sepupunya yang juga pemilik kedai makan.
Kak Natie berbicara dengannya dan aku menoleh ke belakang dan melihatnya, aku lemparkan senyuman dan aku meneruskan perbualan tanpa mahu melihat dia lagi. Sedang asyik berbual aku tidak perasan bila dia selesai makan namun di hati ini hanya Allah yang tahu betapa aku rindu kepadanya.

Letih


Sudah dua minggu sejak awak memutuskan untuk menukar saya dengan kawan lama awak, selama dua minggu ini juga saya masih berperang dengan perasaan untuk melupakan awak, terlalu sakit rasanya sehingga adakalanya saya berputus asa dan pastinya air mata setia menemani hari  - hari saya. Walaupun saya berpeluang melihat awak setiap hari namun rasa rindu itu tidak jua kunjung padam, saya ingin sekali melupakan segalanya tentang awak, tentang pertemuan pertama kali kita, tentang setiap kenangan manis dan pahit bersama awak, saat – saat sukar dan pergaduhan dengan awak.
Adakalanya saya tertanya adakah awak menyimpan perasaan yang sama terhadap saya? Adakah awak juga merasa getaran rindu di dalam hati saya setiap saat hanya untuk bersama awak? Saya sedar siapa diri ini, dan saya cukup sedar tentang hakikat diri awak yang sudah berpunya. Entah mengapa untuk kali ini Allah menurunkan ujian dalam bentuk kasih sayang terhadap awak…
Awak…setiap hari saya rasa semakin letih dan lemah…

wajah yang hilang

Entah mengapa aku seperti tercari – cari dirinya, walau dia ada dihadapanku namun aku sudah tidak melihat dia, yang ada hanyalah sebuah wajah yang benar – benar kosong, tiada sebarang perasaan...mungkin kah dia sudah mengetahui perasaan ku terhadapnya?

Diam ku mencari kekuatan yang belum datang


“YA Allah, andai ditakdirkan suatu hari nanti aku diberi kekuatan untuk menyatakannya akan ku katakan sejujurnya segala isi hatiku kepadanya, mengapa aku menjauhkan diri walau hakikatnya aku sebenarnya cuba untuk melupakannya, aku tidak mahu melakukan sesuatu yang tidak ingin ku lakukan, sesungguhnya mencintai seseorang dalam diam adalah satu penyeksaan perasaan yang berpanjangan, kesedihan ini hanya bisa diluahkan kepada pemilik cinta dan hati manusia,iaitu Ya Rabb, aku hanya bisa menyampaikan kerinduan ini kepada yang khaliq, tidak mungkin aku bisa meluahkan secara terus berhadapan dengannya, sesungguhnya aku tidak memiliki kekuatan itu, terlalu lemah untuk berhadapan dan kesakitan itu terlalu perit untuk diluah.
Ya Allah, kau hadirkan sentuhanMu kepadaku melaluinya, kau campakkan perasaan cinta dan sayang yang tidak pernah wujud sebelum ini terhadapnya, kau memberi hikmah kasih sayang itu melaluinya, tetapi aku tidak pernah mensyukurinya, secara perlahan lahan Kau tarik kembali nikmat itu dariku, membuat aku tersentak dan sedar perkara yang aku miliki sebelum ini setelah aku kehilangannya. Aku telah kehilangannya dan sekarang aku harus menjalani hidup tanpanya lagi,
Terlalu singkat rasanya perkenalan kita, entah mengapa saat ini segala kenangan bersama dengannya bermain – main diruangan minda seperti menyaksikan paparan filem di layar kaca, segala kata – kata nasihat, teguran dan keikhlasan hatinya membuatkan aku semakin sukar untuk melepaskan dia pergi. Tetapi aku cukup mengerti dia adalah cinta yang terlarang, kasih yang terlarang dan mungkin jodoh yang yang terlarang, tidak mungkin aku sanggup menyakiti hati insan – insan lain hanya untuk kebahagiaan diriku, kerana  itu aku memutuskan untuk mengundurkan diri, dan berlalu pergi walau aku tahu sikapku akan menimbulkan salah sangka padanya. Tapi hati ini terlalu sukar untuk menerima, perasaan ini terlalu sukar untuk pergi bahkan semakin dipaksa semakin mendalam rasa di hati ini, pernah tanpa aku sedari aku hampir melukakan diriku hanya kerana perasaan rindu yang tak tertanggung lagi, namun kau sangat menjagaku Ya Allah, kau sangat mengerti akan hati hamba – hambanya.
Dihadapannya dan teman – teman lain aku berlagak seperti tiada apa yang berlaku tetapi tak seorang pun yang tahu betapa rindunya aku kepadanya, seboleh bolehnya aku tidak mahu memandang wajahnya bukan kerana aku berdendam namun semakin aku lihat wajahnya semakin membuak perasaan sayang ini wujud, aku ingin bergurau senda dengannya seperti dulu dan meminta pandangannya di saat aku punyai masalah yang aku tiada penyelesaian tetapi aku tiada daya untuk menghadapinya.