entah mengapa sejak akhir - akhir ini terlalu banyak perkara yang menyakitkan hati berlaku, ujian bertali arus sungguh menyesakkan diri ini, sehingga aku terlupa bagaimana pertengkaran ini bermula...dan aku sendiri tidak menyedari sejak bila aku mula menyanyanginya lebih dari seorang teman atau barangkali lebih dari rasaku yang menganggapnya selama ini umpama seorang abang, aku bukanlah seorang yang mempunyai ramai kawan mungkin kerana rasa rendah diri dan sifat malu yang menebal dari kecil, namun apabila aku mula jatuh cinta, cintaku seperti laila majnun sanggup untuk melakukan apa sahaja dan sayangku umpama shah jehan kepada isterinya...sejak kebelakagan ini juga semua momen indah bersamanya tersiar di benak fikiranku umpama filem yang dipaparkan di pawangan silih berganti dan sedikit sebanyak mengganggu emosiku, dari hal yang sekecil dan tutur katanya sahaja mampu membuat aku terluka dan terseksa walaupun dia tidak maksudkannya, aku rasa seperti mahu menangis namun pada siapa hendak ku adukan tangisan ini, selama ini aku begitu terbuka berkongsi rasa dan rahsia dengannya walaupun dia pernah memberi petunjuk kepada agar tidak terlalu rapat dengannya al maklum la dia sudah berkeluarga(barangkali dia tidak selesa), sungguh di saat itu aku tidak terfikir sehingga mahu merampas sesiapa atau menyakiti sesiapa kerana perasaanku kepada ketika itu adalah biasa sehinggalah baru - baru ini aku menyedari aku sudah mula menyimpan rasa kepadanya, aku cuba menjauhkan diri dan memberi ruang kepada dirikiu untuk memikirkan kembali segala apa yang aku rasakan adakah ia benar atau sekadar permainan perasaan
No comments:
Post a Comment