“YA Allah, andai ditakdirkan suatu hari nanti aku diberi
kekuatan untuk menyatakannya akan ku katakan sejujurnya segala isi hatiku
kepadanya, mengapa aku menjauhkan diri walau hakikatnya aku sebenarnya cuba
untuk melupakannya, aku tidak mahu melakukan sesuatu yang tidak ingin ku
lakukan, sesungguhnya mencintai seseorang dalam diam adalah satu penyeksaan
perasaan yang berpanjangan, kesedihan ini hanya bisa diluahkan kepada pemilik
cinta dan hati manusia,iaitu Ya Rabb, aku hanya bisa menyampaikan kerinduan ini
kepada yang khaliq, tidak mungkin aku bisa meluahkan secara terus berhadapan
dengannya, sesungguhnya aku tidak memiliki kekuatan itu, terlalu lemah untuk
berhadapan dan kesakitan itu terlalu perit untuk diluah.
Ya Allah, kau hadirkan sentuhanMu kepadaku melaluinya, kau
campakkan perasaan cinta dan sayang yang tidak pernah wujud sebelum ini
terhadapnya, kau memberi hikmah kasih sayang itu melaluinya, tetapi aku tidak
pernah mensyukurinya, secara perlahan lahan Kau tarik kembali nikmat itu
dariku, membuat aku tersentak dan sedar perkara yang aku miliki sebelum ini
setelah aku kehilangannya. Aku telah kehilangannya dan sekarang aku harus
menjalani hidup tanpanya lagi,
Terlalu singkat rasanya perkenalan kita, entah mengapa saat
ini segala kenangan bersama dengannya bermain – main diruangan minda seperti
menyaksikan paparan filem di layar kaca, segala kata – kata nasihat, teguran dan
keikhlasan hatinya membuatkan aku semakin sukar untuk melepaskan dia pergi.
Tetapi aku cukup mengerti dia adalah cinta yang terlarang, kasih yang terlarang
dan mungkin jodoh yang yang terlarang, tidak mungkin aku sanggup menyakiti hati
insan – insan lain hanya untuk kebahagiaan diriku, kerana itu aku memutuskan untuk mengundurkan diri,
dan berlalu pergi walau aku tahu sikapku akan menimbulkan salah sangka padanya.
Tapi hati ini terlalu sukar untuk menerima, perasaan ini terlalu sukar untuk
pergi bahkan semakin dipaksa semakin mendalam rasa di hati ini, pernah tanpa
aku sedari aku hampir melukakan diriku hanya kerana perasaan rindu yang tak
tertanggung lagi, namun kau sangat menjagaku Ya Allah, kau sangat mengerti akan
hati hamba – hambanya.
Dihadapannya dan teman – teman lain aku berlagak seperti
tiada apa yang berlaku tetapi tak seorang pun yang tahu betapa rindunya aku
kepadanya, seboleh bolehnya aku tidak mahu memandang wajahnya bukan kerana aku
berdendam namun semakin aku lihat wajahnya semakin membuak perasaan sayang ini
wujud, aku ingin bergurau senda dengannya seperti dulu dan meminta pandangannya
di saat aku punyai masalah yang aku tiada penyelesaian tetapi aku tiada daya
untuk menghadapinya.
No comments:
Post a Comment