Tengahari semalam aku berkesempatan menikmati nasi campur di sebuah gerai kegemaranku, ketika rancak berbual dengan pemilik kedai, aku merasakan kehadiran seseorang yang aku rindukan...dia sedang memilih juadah untuk makan tengharinya.
Sesaat itu juga aku terkenang akan momen indah bersamanya dulu, berdua menikmati hidangan tengahari selepas selesai menjalani tugasan...
Selesai mengambil juadah dia duduk berseorangan di belakangku, aku ingin menghampirinya namun aku matikan niat itu dan terus fokus berbicara dengan pemilik kedai dan sepupunya yang juga pemilik kedai makan.
Kak Natie berbicara dengannya dan aku menoleh ke belakang dan melihatnya, aku lemparkan senyuman dan aku meneruskan perbualan tanpa mahu melihat dia lagi. Sedang asyik berbual aku tidak perasan bila dia selesai makan namun di hati ini hanya Allah yang tahu betapa aku rindu kepadanya.
No comments:
Post a Comment